Selamat Datang ke Teratak Kita

Homestay Muslim Lengkap & Selesa di Tanjong Malim

Teres Setingkat 3 Bilik (Maksima 8 Orang Muslim & Mahram) • Aircond & Kipas • Dapur Penuh • Parking Percuma

Teratak Kita Pilihan Terbaik

Kenapa Pilih Teratak Kita?

3 Bilik Tidur
2 Bilik Air

Sesuai untuk maksimum 8 orang

Aircond, kipas, dapur, air fryer, cerek elektrik, peti ais, mesin basuh, kelengkapan memasak

Muslim Sahaja — lebih selamat & selesa

Kawasan tenang, lokasi strategik berhampiran UPSI, POLI, INSTUN & PROTON

Parkir percuma betul-betul depan rumah

Lokasi Menarik Sekitar Teratak Kita

Pandu Arah ke Teratak Kita

Follow Kami di Facebook

Apa Kata Pelanggan Kami

Asma' Assakinah​

Asma' Assakinah​

Alhmdulillah, masyaAllah sangat2 baik owner hmstay ni, friendly sangat, mudah berbincang, sgt2 menyantuni kami walau dari perbualan ws shja. Rumah pun bersih, sangat puas hati kelengkapan penuh smua utk tetamu. Tak menyesal pilih hmstay ni utk hari konvo 🥰❤️🌹​

Abdul Aziz

Abdul Aziz

Dah 2x booking homestay ni..kemas dan selesa .. sememang nya dlm senarai teratas jika datang lg ke tanjung malim​

Suariani Abdul Majid

Suariani Abdul Majid

Rumah selesa dan dekat dengan Proton City.​

Kenapa Penting Pilih Homestay Berdaftar?

Ramai tak sedar, menyewa homestay tanpa lesen PBT boleh mendedahkan anda kepada pelbagai risiko. Antaranya:

🚫 Keselamatan Tidak Terjamin
Homestay tanpa lesen tiada piawaian keselamatan yang dikawal. Tiada jaminan sistem keselamatan yang baik.

⚖️ Tiada Perlindungan Undang-undang
Sekiranya berlaku kehilangan barang, kemalangan atau kecuaian pemilik – tuntutan mungkin tidak dapat dibuat kerana tiada pendaftaran sah.

🚓 Boleh Diserbu Pihak Berkuasa
Operasi boleh dihentikan secara tiba-tiba oleh PBT, mengganggu ketenangan percutian anda.

📄 Tiada Resit Rasmi
Sukar untuk urusan tuntutan syarikat, majikan atau keperluan rasmi tanpa bukti pembayaran sah.

🤢 Kualiti Tidak Dipantau
Servis, kebersihan dan kemudahan mungkin tidak mencapai standard minimum. 

Mengapa Pilih Teratak Kita?

Paling utama, Teratak Kita adalah homestay yang mendaftar dengan PBT.

🏡 Homestay Berdaftar & Sah
Kami mematuhi lesen PBT – jaminan bahawa penginapan anda dilindungi dari segi undang-undang dan piawaian keselamatan.

🛏️ Kemudahan Lengkap & Selesa
Dari bilik berhawa dingin hingga dapur moden, semua tersedia untuk keselesaan seisi keluarga.

🧼 Kebersihan & Kualiti Dipantau
Kami menjaga kualiti servis – rumah sentiasa bersih, tersusun, dan sesuai untuk semua peringkat umur.

📑 Resit Rasmi Disediakan
Mudah untuk sebarang urusan rasmi, tuntutan syarikat atau rekod peribadi anda.

📍 Lokasi Strategik di Tanjong Malim
Dekat dengan UPSI, PROTON, INSTUN, kenduri kahwin dan laluan ke utara.

Harga dan Caj

  • Weekday / Weekend / Cuti Sekolah

    Kadar sewa semalam.

    RM200
  • Deposit

    Dikembalikan selepas daftar keluar.

    RM50
  • Caj Pembersihan
    RM0

Polisi Check-in & Check-out

  • Check-in
    2 PM
  • Check-out
    12 PM

Polisi Pembatalan

Deposit akan dipulangkan selepas pembatalan

Peraturan Homestay

🕌 Muslim & Mahram Sahaja
Hanya tetamu Muslim dan mahram yang dibenarkan menginap.

🚭 Tidak Merokok
Dilarang sama sekali merokok di dalam kawasan homestay.

🔇 Tidak Membuat Bising
Elakkan bunyi bising yang boleh mengganggu ketenteraman jiran.

🧹 Jaga Kebersihan
Pastikan homestay sentiasa bersih sepanjang tempoh penginapan.

🛡️ Keselamatan Diri
Tetamu bertanggungjawab ke atas keselamatan sendiri. HTK tidak bertanggungjawab atas sebarang kemalangan atau kematian.

💼 Barang Berharga
Jangan tinggalkan barang berharga di homestay.

✅ Keluar Dalam Keadaan Bersih
Sebelum check-out, pastikan homestay ditinggalkan dalam keadaan bersih & semua suis aircond ditutup.

⚠️ Deposit
Jika gagal mematuhi peraturan kebersihan & penggunaan aircond, deposit akan diambil.

Alamat

Teratak Kita,
No. 82, Taman Sekiah Makmur,
35900 Tanjong Malim, Perak

Hubungi Kami

© Copyright 2025 Teratak Kita. All right reserved.

❤️ Direka Dengan Kasih Sayang oleh WANniaga